Day 2 – Masih menggodek
Day 2 – Masih menggodek
So, dipendekkan cerita. Hari kedua ni saya masih lagi mencari hala tuju blog. 😬
Saya nak buat blog ni seperti saya sedang bermonolog dengan diri sendiri, dan bercerita.
Saya sebenarnya seorang 'introvert'. Tapi apabila dengan orang yang saya kenal, saya akan menjadi seorang yang banyak bercerita. 😖
Jadi, saya nak cuba 'bercerita' dengan menulis a.k.a menaip lah.
Sekarang ni masalahnya, saya berada di tempat yang mempunyai internet yang limited dan agak 'slow' 🐢
Jadi, apa yang perlu buat?
So... saya pun fikir dengan kaedah micro-blogging. Simple , tidak menggunakan data yang banyak dan boleh menggunakan handphone sahaja 🫢
Saya memilih untuk minimalistik. Ada banyak kaedah buat blog, sama ada self-hosted mahupon pre-blog. Kita boleh buat blog menggunakan 'wordpress', ghost, weebly atau sebagainya.
Dalam saat-saat mencari tu, saya terjumpa write.as. Salah satu microblogging platform yang memfokuskan kepada satu tujuan, blogging!
Ya, ini lah hosted blogging yang sedang saya gunakan sekarang ini untuk membina blog ini... Kalau nak cerita, agak panjang. Mungkin pada post yang akan datang. 😆
Dan... Masih lagi menggodek. ✍️
Follow Fb, IG and threads @putehdotnet