Day 4 β Cara buat duit 'online'
Day 4 β Cara buat duit 'online'
Okay, hari ke-empat. Sudah mula mendapat rentak untuk 'menaip'. Hari ini kita sembang sedikit pasal cara buat duit online.
Saya dah berada dalam dunia 'IM' ni agak lama, sejak 2012. Belajar pelbagai kursus, coaching, ebook, software dan membaca. Tetapi kerana kerjaya hakiki saya boleh dikatakan agak βTop 20β, jadi saya anggap bidang online ni hanya sambilan sahaja.
Kali ini saya akan cuba jadikan ia kepada lebih serius
So, basic kepada buat duit 'online', secara 'simple'nya, masih dalam perantaraan bisnes.
Ya, kalau nak buit atas talian, kita perlu buat bisnes. Selain investment, saving atau trading. (Ini boleh jadi topik lain, mungkin di lain hari) π¬
Ada 3 perkara asas yang anda perlu tahu jika nak sangat buat duit online.
Pertama β Produk. β
Ya, anda memerlukan produk.
Produk boleh jadi produk fizikal (Ecommerce) atau produk digital. Selain itu, servis boleh juga dianggap sebagai satu produk.
Produk-produk fizikal sama seperti produk kegunaan harian anda. Contohnya, makanan, pakaian, barang elektronik, kenderaan dan rumah pun orang jual beli melalui 'online'.
Produk digital seperti software, ebook, video training, apps dan arts boleh dijadikan contoh produk digital yang boleh dijual di atas talian.
Servis. Jika anda ada kepakaran, skill atau bidang profesional, anda boleh juga menjual servis secara atas talian. Sebagai contoh, anda boleh menjadi graphic designer, produk editor, social media manager, voice actor dan dizaman Ai, sudah ada kerjaya sebagai 'prompt manager'. Bidang ini memerlukan kepakaran yang boleh anda pelajari.
Kedua β Anda memerlukan platform jualan. π
Anda boleh membuat website untuk produk tersebut, atau buat blog seperti ini untuk menjual produk atau servis anda. Anda boleh juga menggunakan social media, forum, email dan ecommerce website seperti ebay, amazon, shopee dan lazada. Selagi anda ada cara untuk mendapatkan payment, di situ lah cara atau tempat untuk anda menjual.
Ketiga β Traffik / Customer π
Bila anda telah ada produk untuk menjual, dan anda tahu di mana anda hendak mula menjual, maka langkah seterusnya, anda perlukan traffik, atau pengunjung.
Tak ade gunanya kalau anda ada kedai lawa-lawa, produk berkualiti, tetapi tiada siapa pon yang 'nampak' produk anda itu.
Di situlah pentingnya 'marketing'. Pasarkan produk anda, perkenalkan kepada orang ramai. Dan ini lah permulaan bisnes anda.
Okay, ini 3 perkara 'basic' yang anda perlu tahu.
Kita akan kupas lagi topik-topik ini di masa akan datang.
Kalau berminat, sila lah subscribe blog ini untuk update yang lebih menarik.
Jumpa lagi esok, insyaAllah. π
Follow Fb, IG and threads @putehdotnet