Day 5 – Mencari Idea 💡

Susah mencari idea 🤔?

Kadang kala, apabila penat bekerja, otak pun macam sangkut-sangkut sedikit. betul kan? 🤧

Ya, itulah yang berlaku hari ini. 😖

Kadang-kadang rasa nak giveup, tapi hidup kena diteruskan. Banyak benda yang perlu dicapai. Umur makin meningkat. Tapi apa sebenarnya yang kita kejar?

Hari ni mencari idea, apa topik hendak kita bincangkan. Zaman AI (Artifical Intelligent) ini sebenarnya banyak membantu. Comtoh seperti gambar-gambar blog post ini. Saya hanya menggunakan AI. Boleh je kalau nak guna AI buat artikel… Tapi, rasa seolah-olah blog ini tiada ‘nyawa’. 👻

Jadi, saya gunakan AI untuk ‘draft’ idea sahaja, untuk apa yang hendak ditulis.

Berbalik kepada topik Day-4.

Ok, harini kita cuba “brainstorming”… 🧠

Kita nak jual apa sebenarnya?

Kalau anda tak tahu apa nak dijual, saya pilih, fokus kan untuk menjual produk orang lain dahulu.

Dropship untuk produk fizikal.

Affiliate untuk produk digital.

Dropship, ada beberapa tempat kita boleh guna sebagai permulaan. Hanya perlu search ‘dropship produk ‘niche’ di malaysia’.

Niche tu kiranya seperti katergori lah. Contoh niche produk kecantikan, kesihatan, barang elektronik dan sebagainya.

Di situ, apabila anda dah jumpa ‘niche’ apa yang hendak ditekankan, mula buat research lebih dalam tentang produk tersebut. Ya, sekarang anda dah jumpa produk untuk dijual. Mudah bukan?

Tidak semudah itu. Kadang kala, produk yang bukan menjadi minat kita akan membuat kita rasa malas untuk buat iklan atau promosi. Bila tiada promosi, tiada lah pengunjung. Tanpa pengunjung, tiada lah hasil jualan. Jadi bagaimana nak buat duit online, betulkan?

Ok, tu langkah pertama kita, cari produk dulu…

Esok lah, saya sambung blog post, kalau kita nak fokus produk digital pula, bagaimana? 🤔

PS: Saya pilih untuk update blog ini sejam sahaja sehari. Penat kerja sebenarnya. Jadi blog ni santai-santai k. 😬

Follow Fb, IG and threads @putehdotnet